AL-RAJIH FI FIQH AL-MUAMALAT
يتناول هذا الكتاب الترجحياتِ الفقهيَّةَ الواردة في كتاب نيل الأوطار الذي ألّفه الإمام الشوكاني خاصّة فيما يتعلّق بالمسائل في قسم المعاملات. ويتضمّن الكتاب بعض النماذج من هذه الترجيحات ودراستها دراسة تحليليّة مقارنة، مع بيان منهج الشوكاني في عميلة الترجيح. ومن خصائص هذا المنهج الاجتهادُ المتحرّر الذي يتمثّل في التمسُّك بالأدلّة واجتناب التقيّد لقول من أقوال المذاهب، والحذر من التساهل في التعامل مع الأحاديث، والأخذ بالقواعد الأصولية والفقهية المعتبرة، مع مراعاة مبدأ التيسير والسماحة وذم التعصّب والتقليد. سيجد القارئ في هذا الكتاب أيضاً مدى إمكانية الاستفادة من هذه الترجيحات لفهم نظريّة التجديد الفقهيّ والاجتهاد المعاصر بالإضافة إلى رؤية التقريب بين المذاهب الفقهية. ولعلّ الدراسة كهذه ستُساهم في تحقيق نهضة الأمة وإصلاح أمر المسلمين والسعي إلى مواكبة العصر الحديث بإيجاد الحلول الإسلامية لمشكلاتها المتطوّرة والمتغيّرة من وقت لآخر، دون هوادة. Buku ini mengandungi kajian berkaitan pandangan-pandangan fiqh yang kuat (rajih) yang terkandung di dalam kitab Nayl al-Awtar karangan Imam Al-Syawkani, khasnya tentang isu-isu dalam tajuk muamalat. Beberapa contoh pandangan fiqh yang rajih (kuat) dihuraikan secara jelas menerusi kajian analisis perbandingan dengan merujuk kaedah yang digunapakai oleh imam As-Syawkani. Di antara cirikhas kaedah tarjih yang imam As-Syawkani adalah pendekatan ijtihad yang moderat dan tidak terikat dengan mana-mana mazhab fiqh serta merujuk kepada dalil-dalil daripada al-Quran dan As-Sunnah. Kaedah pemakaian hadis-hadis secara hati-hati dan kaedah-kaedah fiqh dan usul fiqh juga menjadi cirikhas imam As-Syawkani dalam memilih pandangan yang kuat (tarjih) disamping pendekatan mudah (taysir), tolakansur (samahah) serta tidak fanatik (ta’assub) dan mengikut tanpa dalil (taqlid). Pembaca buku ini juga akan disuguhkan dengan fakta dan maklumat kebolehgunaan teori dan contoh tarjih imam As-Syawkani ini yang boleh diaplikasikan untuk usaha memoden-kan fiqh, isu ijtihad serta usaha mengurangkan perbezaan yang terdapat di dalam mazhab-mazhab fiqh yang ada.