Virus Baru: Ancaman kepada Dunia
Dalam era globalisasi, dunia menghadapi cabaran besar dengan kemunculan virus-virus baru yang membawa ancaman serius terhadap kesihatan awam. Buku ini, Virus Baru: Ancaman kepada Dunia, merungkai isu-isu kritikal berkaitan virus yang sedang mengancam keselamatan manusia, termasuk Human Metapneumovirus (HMPV) dan Norovirus. Bermula dengan memperkenalkan konsep dan takrif virus, buku ini membincangkan punca-punca jangkitan, cara virus merebak, dan kesan buruknya terhadap kehidupan sejagat. Melalui pendekatan yang komprehensif, pembaca akan didedahkan kepada analisis saintifik dan statistik terkini yang memberikan gambaran jelas tentang situasi semasa. Selain itu, buku ini turut menawarkan panduan praktikal mengenai langkah pengawalan dan langkah pencegahan, termasuk ikhtiar dalam Islam, sebagai alternatif dan pelengkap kepada usaha sedia ada dalam menghadapi ancaman ini. Ditulis dengan gaya yang mudah difahami dan berinformasi, buku ini sesuai untuk pembaca umum, pelajar, dan profesional dalam bidang kesihatan yang ingin memahami isu-isu global berkaitan virus dengan lebih mendalam. Dengan informasi yang relevan dan tepat pada masanya, Virus Baru: Ancaman kepada Dunia adalah bacaan yang wajib untuk mereka yang prihatin terhadap keselamatan kesihatan dan kesejahteraan manusia di seluruh dunia.