Intelektual Menurut Pemikiran Malik Bennabi (1905-1973) (UUM Press)

By Khairiah Mohd Yassin

Intelektual Menurut Pemikiran Malik Bennabi (1905-1973) (UUM Press)
Available for 6.71 USD

Intelektual merupakan isu sejagat yang wajar diberikan perhatian serius oleh semua pihak sama ada dalam kalangan ahli akademik, ahli politik mahupun masyarakat awam. Asasnya, intelektual dipersonifikasikan sebagai golongan bijak pandai yang berusaha untuk memikirkan masalah masyarakat di sekelilingnya serta mencari jalan penyelesaian terbaik kepada setiap masalah yang berlaku. Namun siapakah sebenarnya mereka yang bergelar intelektual? Apakah karakteristik seorang intelektual? Bagaimanakah mereka berperanan sebagai cerdik pandai dalam membangunkan masyarakat dan negaranya?

Usaha merungkai persoalan dalam buku ini diketengahkan untuk meneliti konsep dan falsafah intelektual, selain peranan sebenar mereka kepada masyarakat. Kupasan tersebut diperhalusi dari sudut pemikiran tokoh pemikir Islam terkemuka abad ke-20 iaitu Malik Bennabi – seorang sarjana ulung yang berusaha merungkai pelbagai persoalan melibatkan isu kemanusiaan serta ketamadunan seperti isu intelektual dan keintelektualan.

Book Details

Buy Now (6.71 USD)