Buku ini diolah bagi membincangkan beberapa perkara asas yang difikirkan amat perlu diketahui dan difahami oleh mereka yang terlibat secara langsung dengan profesion kerja sosial. Buku ini juga disusun untuk memenuhi keperluan bahan bacaan dalam bahasa Melayu dalam bidang kerja sosial di Malaysia.
Penerbitan buku ini diharap dapat sedikit sebanyak menampung kekurangan bahan bacaan dan juga sumber rujukan dalam bidang kerja sosial di negara ini. Ia mengandungi penulisan daripada para pensyarah Program Pengurusan Kerja Sosial Universiti Utara Malaysia sejajar dengan perkembangan perkhidmatan sosial dan isu-isu sosial yang semakin kompleks.