Buku ini membicarakan pelbagai kisah berkaitan sirah
Nabi صلى الله عليه وسلم yang telah popular dalam kalangan umat Islam.
Namun, secara sanad mahupun matan tidak terbukti
bahawa ianya benar. Saya tidak bermaksud mengatakan
semua riwayat daif dalam masalah ini, tetapi jumlahnya
sangat banyak. Saya hanya memaparkan riwayat-riwayat
yang paling popular dan banyak dimasukkan ke dalam
buku-buku sirah dan peperangan.